AYAHBONDA TERCINTA DI PAGI RAYA

AYAHBONDA TERCINTA DI PAGI RAYA
AyahBonda...AlaiTen Love Both Of u So Much...

Rabu, 12 November 2008

CINTA KITA


"Pada satu malam, selasa 11 november 08, aku terjaga dari tidurku yang memang tak lena. Resah gelisah mengulit malamku di ketika itu. Mimpi ngeri bagaikan sebuah teater klasik bermain di minda dan bergelojak hebat dalam jiwa wanita ku. Lalu aku coretkan sesuatu sehingga menjadi seperti sebuah keluhan, mungkin rintihan atau mungkin juga kata hati seorang wanita yang tercari-cari hala tuju hidupnya bersama seseorang bernama kekasih. Mungkin aku kurang bijak mengungkap kata, tapi sekurang-kurangnya ada juga yang boleh difahami menerusi cerita yang aku sampaikan".


Cinta kita berbeza dengan cinta lainnya, inilah trilogi cinta tiga segi versi kita. Kita tak dipaksa mahupun terpaksa, kerana naluri dan hati ini yang menyatukan kita. Kasih sayang kita tak seperti mereka. Kita tak pernah menyakiti antara kita. Cuma terkadang hati tergores luka kerana keadaan menghukum cinta kita. Kita tetap bahagia meskipun derita sering mangganggu kita. Namun semua itu membuat kita menjadi lebih tabah untuk memperjuang cinta. Ingin ku menjadi milikmu, kau juga ingin memiliki aku… namun kau tak mampu melakukannya. Aku faham dan aku tahu, malah aku mengerti. Kau tersepit di antara dua persimpangan. Antara cinta yang telah kau miliki dan cinta yang bukan milikmu. Kaulah kumbang yang tersepit antara kemboja dan cempaka. Dan akulah kemboja itu. Tumbuh sendirian, jauh dari pepohon lain. Tidak seperti cempaka yang tumbuh mekar nan indah disisi pehonan lainnya. Aku mengerti hatimu sayang. Betapa kau ingin memiliki aku. Namun kau tak mampu menghulurkan tanganmu untuk ku sambut dan kita berjalan seiringan. Bukan salah kita kerana memiliki perasaan ini. Bukan juga salah takdir kerana mempertemukan kita disaat dirimu telah dimiliki. Ini semua telah tertulis sejak azali lagi, maka inilah dugaannya dan inilah masanya untuk kita membuktikan, apakah kita lemah atau kuat dalam menerima dugaan hidup yang dikurniakannya. Aku tak tahu apa kesudahan cinta kita. Mungkinkah kau akan tetap mempertahankan cinta ini atau melepasku begitu sahaja? Aku tak tahu apakah aku sudah kuat dan bersedia untuk menghadapi saat hidup tanpamu. Bodohnya aku kerana tetap memilihmu sedangkan aku tahu, dan kau telah menyatakan bahawa kau belum mampu untuk melakukannya,yakni menjadikan aku permaisuri hidupmu yang kedua. Tapi kau juga menjerat aku dengan hatimu yang tak mahu kehilangan aku dalam hidupmu. Telah kering airmata untuk ku tangiskan lagi. Telah kering juga akalku untuk memikirkan segalanya. Lalu diakhirnya aku berserah pada takdir untuk menentukan segalanya. Aku akan cuba menerima apa yang terjadi kelak, meski duka bersalut airmata, akan ku cuba tersenyum meski pahit untuk ku telan… kerana dirimu, juga kebahagiaanmu, sungguh bermakna dlm hidupku…

"Yew apa eh?? Jgn salah sangka dulu...ani banarnya mimpi ku dimalam atu lah...haha"
(Ori @ 02:00am selasa 11 nov 2008 ) DiAbadikan Oleh: Ten10

Tiada ulasan: