AYAHBONDA TERCINTA DI PAGI RAYA

AYAHBONDA TERCINTA DI PAGI RAYA
AyahBonda...AlaiTen Love Both Of u So Much...

Ahad, 9 November 2008

JLN-JLN CARI MAKAN @ BKT SHAH BANDAR

Masa tu aku ada perjanjian ngedate dgn doktor pakar aku...ala,ngedate kat hospital ripas ler. Biasa lah manusia seperti aku memang ada seribu satu, eh bukan... memang ada sejuta persatu masalah kesihatan... kesian kat aku kan... Tapi tak pe, itu adalah lumrah kehidupan. Kira2 jam 8.30 pagi, aku, abg aku Bob n bbfrut aku cYan dtg kehospital. Aku dah hampir nak marah dah sebab kami terlewat... aku risau takut balik lambat, tapi rupanya keadaan menyebelahi kami. Ternyata hospital lenggang sahaja. Tak terlalu ramai orang. Baru sahaja aku melabuhkan pantat ku untuk duduk, tak sampai lima minit, doktor aku dah panggil aku. Tapi bukan doktor hollywood yg kacak tu la kali nie...tapi dia doktor kita...SiCantik manis orang Brunei tue....wah i like eiii... Tutur bicaranya penuh sopan santun dan dia cek dengan tertip selayaknya seorang doktor berkaliber. Aku dapat rasakan kelembutan bicara dan hati budinya yg ikhlas dan tak menonjok-nonjok ataupun angkuh. itulah orang kita....aku harap masih ramai lagi orang kita yg berpendidikan tinggi masih mempunyai attitude yg sebegini... Lepas sahaja tunggu ubat dalam lebih kurang 15minit aku pun selesai. Sungguh aku tak sangka keadaan semudah ini. Tak pernah2 urusan di hhospital semudah dan sesekejap itu. Selalunya kalau tak dekat2 1jam duduk tunggu ubat memang tak sah. Tapi Alhamdulilah, mudahan keadaan itu berkekalan hendaknya. Kesian kan kat makcik2 n pakcik2 tu yg lama menanti.
Lepas dari hospital, kami terus cari makan kat bkt shah bandar... Nie pic salah 1 dari 3 orang yg kelaparan masa 2...

Pic aku ngan abg aku tak dpt simpan la...ada masalah teknikal kat pic tu. Lepas makan, terpanggil pula hati nak tengok2 wajah2 kawasan peranginan yg terkenal tu. Selesai makan, kami pun bergerak ke atas...dan ini sahajalah pic yg aku sempat rakamkan... Ni aja la yg aku sempat ambil sebagai kenangan hari tu. Sebab kita tak sempat nak pergi lebih jauh kerna masa tak mengizinkan... Lepas dari sana, Kita terus Zooom balik penanjong kerna urusan seterusnya sedang menanti. Maaflah andai pic ni kurang berkualiti. Sebab aku snap pakai hp jerrr... jgn mareee hek...
DiAbadikan Oleh: Ten10

Tiada ulasan: